PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mengenai NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkatkan sebagai NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada tahun 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.

Objektif NADI

  • Akses internet secara kolektif – Menyediakan platform untuk komuniti di kawasan yang mempunyai liputan yang kurang memuaskan untuk menggunakan internet secara kolektif.
  • Memperkasakan komuniti – Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui program holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi dalam komuniti.
  • Penyebaran maklumat – Menyebarkan maklumat mengenai inisiatif kerajaan yang terkini dan tepat bagi mewujudkan peluang untuk komuniti di sekitar NADI.

Prinsip Pelaksanaan NADI

  • Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
    • Menyediakan premis yang sesuai
    • Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
  • Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
  • Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
  • Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
  • Daftar sebagai Ahli NADI secara PERCUMA